Beberapa hari lepas, viral tentang seorang lelaki yang lemas dibawa arus kerana mencari batu sungai untuk diletakkan sebagai tanda di pesara ibunya.
Mayat lelaki yang dihanyutkan arus deras di Sungai Kenerong, Dabong, telah ditemui hanyut pada petang semalam telah ditemui pagi tadi.
Mayat Zamri Abdullah, 44, ditemui tersangkut di kayu dalam sungai berkenaan jam 11.35 pagi oleh anggota bomba dan penyelamat.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Ronning, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk bedah siasat.
“Mangsa ditemui tersangkut di pokok kira-kira 500 meter daripada lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian jam 2 petang semalam, Zamri yang sedang mencari batu untuk diletakkan pada pusara ibunya hilang dihanyutkan arus sungai yang tiba-tiba deras.
Mangsa yang berasal di Kesedar Sungai Terah, di sini, ke lokasi berkenaan bersama isteri, Nor Zalmawati Mat Not, 43, serta adiknya, Zamzuki sebelum tergelincir ke Sungai Kenerong.
Difahamkan, mereka ke sungai terbabit mencari batu sungai untuk diletak di kubur ibunya yang meninggal dunia tiga hari lalu. – Berita Harian