Mayat Lelaki Ditemui Berbungkus Seperti ‘Kain Kafan’ Di Tepi Jalan Cetus Misteri

Trending

Mayat Lelaki Ditemui Berbungkus Seperti ‘Kain Kafan’ Di Tepi Jalan Cetus Misteri

Kampung Lubok Merbau kini gempar dengan penemuan mayat lelaki tanpa identiti dalam keadaan berbalut kain putih seakan-akan dikafan selain dilapisi kanvas plastik di tepi jalan di Kilometer 57, Jalan Gerik-Kuala Kangsar.

Menurut laporan Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner Anuar Othman berkata, mayat turut dibalut selimut bercorak kartun itu ditemui orang awam di jalan menghala ke Kuala Kangsar berhampiran kampung tersebut pada 10.15 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Mayat tepi jalan

Advertisement

Anuar berkata, pemeriksaan dilakukan Pakar Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati mangsa dipercayai berusia 40-an dan warganegara Malaysia berdasarkan parut suntikan pada bahu sebelah kiri.

Lebih musykil, apabila bangkai seekor ayam turut ditemui berhampiran mayat itu selain mangsa dipercayai mati di tempat lain, namun dibawa ke tempat berkenaan iaitu lokasi yang jauh daripada kawasan kejiranan dan laluan utama antara Kuala Kangsar dan Gerik.

“Mangsa memakai kemeja dan seluar pendek (sebelum dibalut) dengan dia dipercayai mati dalam tempoh antara 24 hingga 36 jam sebelum ditemui”

SUMBER : INFO JENAYAH FACEBOOK

Pun begitu, semakan terhadap laporan Orang Hilang akan dilakukan dengan segera bagi mengenal pasti identiti mangsa.

“Tiada kesan kecederaan pada bahagian luar badan mangsa melainkan satu kesan luka pada bahagian kepala sebelah kanan mangsa, namun punca luka berkenaan masih tidak dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Tambah beliau, setakat ini kematian masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga punca kematian dikenal pasti melalui hasil bedah siasat bermula 9 pagi esok.

Siasatan lanjut terhadap kes itu akan diteruskan berdasarkan beberapa bukti diperolehi di tempat kejadian.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...