Mayat Ibu & Anak Dijumpai Dalam Longkang Dengan Kesan Kelar Di Leher, Suami Dicekup Polis Di Masjid

Kehidupan

Mayat Ibu & Anak Dijumpai Dalam Longkang Dengan Kesan Kelar Di Leher, Suami Dicekup Polis Di Masjid

Dalam satu kejadian mengejutkan yang berlaku di Alor Setar petang semalam, polis menemukan mayat dua individu di dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Salawati Saad dua mayat itu merupakan ibu dan anak yang telah dikenal pasti berusia 34 dan 10 tahun.

Advertisement

Katanya, mayat dua beranak tersebut yang dipercayai adalah warga asing telah ditemukan oleh orang awam yang terus bertindak menghubungi pihak polis.

Kedua-dua mangsa ditemui di dalam longkang kecil tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. Satu mayat didapati dalam keadaan terlentang dan satu lagi tertiarap.

dua mayat dijumpai

lokasi dua mayat dijumpai

Tindakan pantas pihak polis telah berjaya mengesan dan menahan seorang lelaki warga asing berusia 43 tahun yang merupakan suami kepada mangsa di sebuah masjid di Bukit Pinang, 9 malam tadi.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Alor Setar hari ini bagi permohonan reman untuk meneruskan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

mayat dua beranak kesan kelar

Polis kini masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif kejadian itu dan mayat dua mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kes kematian adik nuraina humaira
1 month ago

Nuraina Humaira Disyaki Dirogol Sebelum Dibunuh, Polis Tahan Suspek Usia 17 Tahun - “Mayat Ada Kesan Cedera Di Leher & Kemaluan”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...