Mayat seorang wanita ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan semalam, lapor Harian Metro.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya telah menerima maklumat tentang penemuan mayat itu pada 12.45 tengah hari.
Sepasukan polis bersama pakat patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan yang tiba di lokasi kemudian menjalankan siasatan dan mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh wanita berkenaan.
Siasatan mendapati mangsa seorang wanita tempatan berusia 37 tahun yang tinggal di daerah Kuantan serta seorang peniaga makanan.
Tambahnya, saksi berkata mangsa telah datang ke kawasan tempat kejadian untuk menjalankan urus niaga secara hantaran (COD) kira-kira jam 7.30 malam, Rabu.
Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.