Kisah misteri Villa Nabila kembali menghantui netizen selepas seorang YouTuber terkenal tampil mendedahkan dakwaan mengejutkan kononnya anak pemilik asal villa tersebut sebenarnya masih hidup dan dia tahu di mana individu itu tinggal kini.
Dalam video tular berdurasi beberapa minit itu, YouTuber berkenaan mendakwa banyak versi cerita yang disensasikan selama ini sebenarnya tidak tepat, dan beliau mahu meleraikan segala salah faham tentang lokasi seram paling popular di Johor Bahru itu.
Netizen pantas melontarkan pelbagai reaksi ada yang terkejut, tak kurang juga yang meragui kesahihan dakwaan tersebut. Namun, pendedahan itu cukup untuk mencetuskan semula perbincangan hangat tentang banglo usang yang digelar antara tempat paling berhantu di Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.