September 12th, 2010

mayat sosilawati terbakar rentung  ditemui

//Latest update: 4 mayat yang dibakar rentung dan dibuang abunya ke laut Morib telah disahkan sebagai Datuk Sosilawati dan 3 lagi yang terlibat. Al-Fatihah.//

Update 1 : Ada 2 versi cerita. Satu jumpa dibakar kat ladang kelapa sawit. Satu lagi jumpa kena buang kat laut Morib. Tak tau mana satu yang betul lagi. Nantikan.

Update 2: 6 orang suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

Update 3: Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

Update 4: Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Berita ini masih tak diconfirmkan lagi. Tetapi 4 mayat rentung ditemui dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Morib berkemungkinan besar  ialah Datuk Sosilawati dan mereka yang terlibat dalam kes kehilangan.

Kita tunggu berita selanjutnya sebab identiti mayat ini belum disahkan oleh pihak polis. Tapi kemungkinan besar mayat/tubuh yang dibakar ialah Datuk Sosilawati.


Comments are closed.

Loading...