Mayat Berbungkus Beg Plastik Ditemui Di Tepi Lebuhraya Rawang-Serendah

Trending

Mayat Berbungkus Beg Plastik Ditemui Di Tepi Lebuhraya Rawang-Serendah

Satu bungkusan beg plastik yang berisi mayat yang dikhabarkan telah mula mereput ditemui di tepi Lebuhraya Rawang-Serendah.

Menerusi laporan Astro Awani, penemuan mayat itu disedari oleh seorang individu sebelum bertindak melaporkan kepada pihak polis.

Advertisement

Menurut sumber, lelaki terbabit dikatakan sedang melakukan aktiviti berjoging di kawasan lebuh raya berkenaan, lantas sekitar jam 2.00 petang semalam, beliau terlihat satu bungkusan beg plastik terus menghubungi pihak polis untuk melaporkan hal kejadian.

Rentetan itu, pasukan forensik Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K-19) difahamkan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal mendapati, keadaan mayat dalam bungkusan terbabit sudah mula mereput. Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

Sehubungan itu, pihak polis juga menyeru orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Gombak bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...