Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Datuk Seri Effendi

Hiburan

Maya Karin Nafi Bercinta Dengan Datuk Seri Effendi

maya karin datuk seri effendi

Tak semena-mena nama Maya Karin dikaitkan dengan Datuk Seri Effendi. Selama ini Abang Nara mati-mati ingatkan Maya Karin digosipkan dengan Remy Ishak. Tup-tup nama Datuk Seri Effendi timbul kononnya beliau bercinta dengan Maya Karin. Sepantas kilat Maya Karin menafikan gosip murahan ini. Kata Maya:-

Advertisement

[note]Mana mungkin saya ada hubungan dengan Datuk Seri Effendi. Memang tak logik kerana saya sendiri memang berkawan baik dengan anaknya, Elyna. Malah, saya juga selalu melepak di rumah Elyna. Takkanlah saya nak buat macam itu. Saya dan Elyna sangat rapat. Kami juga berkawan rapat dengan Jeslina Hashim dan beberapa lagi kawan perempuan yang lain.Tak mungkin saya akan tergamak bercinta dengan bapa kawan sendiri dan suami orang pula itu. No way! [/note]

Sememangnya penyebar gosip ini tak berfikir langsung masa buat gosip. Patut gosipkanlah dengan Datuk-Datuk lain yang berstatus single atau duda. Korang pun tahu yang Datuk Seri Effendi ini adalah suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina. Takkanlah Maya Karin yang berkawan baik dengan Datin Tiara nak bercinta dengan suami kawan baiknya kan? Tak logik!!

[note]Saya tak mungkin akan berkawan dengan suami orang. Semua orang tahu Datuk Seri itu suami kepada Datin Seri Tiara Jacquelina dan saya harap sangat orang yang menyebarkan gosip itu berfikir dua atau tiga kali sebelum menyebarkannya. Saya sendiri kenal baik dengan Datin Seri Tiara dan cerita ini sangat mengarut. [/note]

Kepada Maya Karin, orang cantik jelita seperti anda memang akan sentiasa digosipkan dengan kisah-kisah cinta. Lagi-lagi bila anda dah single. Tabahkan hati. Kuatkan semangat dan cepat-cepat cari pengganti. Barulah tak ada gosip liar yang tak logik macam nie. Tak gitu?

Oh ye, dengar cerita filem Cun lakonan Maya Karin dan Remy Ishak memang sangat best. Kalau ada yang dah tengok, boleh sharekan review filem Cun kat ruangan komen. Abang Nara teringin pulak nak tengok cerita tue.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...