Tampil berkongsi foto dirinya sedang menyediakan burger bakar istimewa buat keluar sambil memijak lantai simen dengan berkaki ayam, pelakon jelita Maya Karin kini mencuri tumpuan netizen di laman Twitter.
Lebih menghiburkan, ramai dalam kalangan pengguna laman tersebut seakan memuji aksi sempoi Maya itu dan mula menjadi bualan ramai apabila netizen seakan membandingkan dengan kisah penduduk bandar yang geli memijak lantai dapur rumah kampung sebelum ini.
Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek.
Kau yang muka berminyak, duduk KL sewa bilik pulak beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung pic.twitter.com/E6ewLR66kH
— Amran Fans (@_AmranFans) August 3, 2020
“Maya Karin rileks je berkaki ayam masuk dapur yang tak bermozek. Kau yang muka berminyak, duduk KL sewa bilik pulak beriya tenjet kaki masuk dapur rumah kampung.”
Bagaimanapun, situasi ‘geli’ memijak lantai tanpa beralas kaki itu menarik perhatian pengguna media sosial lain untuk berkongsi kisah masing-masing.
Aku baran betul baca ni
Kalau dah tahu balik kampung, rumah atok nenek kau bersepah atau tak kemas tolonglah kemas buat apa yang patut
Ini anak sampai 5-6 orang, cucu berpuluh kerja main tiktok takpun ootd dari pagi sampailah malam
Tinggallah nenek terkial buat semua benda ? pic.twitter.com/5FB4HqeYpY
— adfx (@adfxx) August 1, 2020
Malah, wujud juga segelintir pihak yang tampil menyelar sikap individu yang kononnya geli untuk memijak lantai dapur itu seolah tidak menghargai jasa dan pengorbanan orang tua.
Menurut individu terbabit, andai seseorang itu berasa geli atau yakin lantai tersebut kotor, bantu atuk atau nenek untuk mengemas apa yang patut daripada balik kampung hanya tahu menghadap telefon sahaja.
Lebih melucukan sebenarnya apabila ada yang menyunting foto Maya dengan memadamkan kedua-dua belah kakinya hingga kelihatan terapung seperti filem popular lakonannya iaitu Pontianak Harum Sundal Malam.
Terdahulu, Maya mengumumkan perniagaan burger bakar yang diusahakan olehnya sejak Perintah Kawalan Pergerekan (PKP) itu ditutup bermula 1 Ogos lalu, malah pelakon itu juga turut meminta agar selepas ini tiada siapa yang akan mengaitkannya dengan mana-mana jenama burger lagi.