Maya Karin Bijak, Aktif, Berpengetahuan Tinggi Dan Cantik – Remy Ishak

Hiburan

Maya Karin Bijak, Aktif, Berpengetahuan Tinggi Dan Cantik – Remy Ishak

Amboi. Banyak sungguh kata-kata pujian kepada Maya Karin oleh Remy Ishak. Kalau Abang Nara jadi Maya Karin, memang kembang hidung dibuatnya. Namun begitu jangan salah sangka. Hubungan mereka sekadar teman rapat dan bukannya bercinta.

remy

Advertisement

Mempunyai minat yang sama iaitu melakukan aktiviti-aktiviti luar menjadikan hubungan antara Remy dan Maya lebih rapat. Malah Remy juga mengakui yang mereka kadang-kadang keluar makan bersama. Kata Remy Ishak:-

Kami punya minat yang sama iaitu suka buat aktiviti-aktiviti luar dan kami suka alam semulajadi, itu yang buatkan kami rapat. Memang kami juga selalu berhubung. Kalau sama-sama ada masa, kami keluar makan. Itu perkara normal. Apa yang boleh saya katakan, sekarang ini kami kawan rapat. Tapi tak tahulah masa depan, kan… kerana soal hati ni semuanya kerja Tuhan. Saya tak berani cakap lebih.

remy mayaAbang Nara tertarik dengan kata-kata pujian daripada Remy Ishak buat Maya Karin. Fuh ~~ Kalau awek biasa mesti dah cair mendapat kata-kata sebegini daripada lelaki bernama Remy Ishak. Ayat power bro!!!

Kalau boleh saya gambarkan, dia bijak, seorang yang sangat aktif, berpengetahuan tinggi, periang dan cantik. Siapa cakap Maya Karin tak cantik, kan..

remy mayaMoga suatu hari hubungan mereka berdua akan menjadi lebih rapat daripada sekadar kawan. Meletup jugak kalau bercinta kan? Memang sama cantik sama padan. Walaupun Maya Karin pernah berkahwin sebelum ini, pastinya itu tidak menjadi penghalang kalau hati sudah cinta. Sama-samalah kita doakan. Info asal MalaysianDigest.

P.S: Fakta tentang suami yang perutnya boroi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...