Pelakon Maya Karin sudah berjaya mengumpul aset bernilai RM 8 juta setelah memberikan sepenuh perhatian dalam menguruskan pelaburan hartanah. Jelas Maya, meskipun terdapat pelbagai cabaran dalam bidang tersebut khususnya dari segi pembiayaan dan harus mempunyai strategi tersendiri untuk memastikan ia bukan satu pelaburan yang merugikan.
Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan.
Antara sebab utama Maya berminat menceburkan diri dalam bidang ini adalah kerana rumah merupakan satu keperluan asas yang penting dan ia juga sebagai satu persiapan untuk dirinya jika berlaku apa-apa pada masa hadapan dan beliau mempunyai tempat untuk berlindung.
Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri.
Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung.
Wah, memang hebat pencapaian Maya Karin kini, tahniah kami ucapkan. Pelaburan hartanah memang tidak merugikan, harga rumah sekarang semakin naik apatah lagi jika ia berada di tempat yang strategik. Mungkin selebriti lain boleh contohi Maya kerana memberanikan diri untuk menceburi bidang hartanah dan tidak terlalu fokus dan berlumba-lumba mengeluarkan produk kecantikan sahaja.