Sejak kebelakangan ini, Maya Karin sering menggunakan platformnya untuk membangkitkan isu mengenai alam sekitar. Terbaru, Maya membidas sesetengah pihak yang bertindak mengedarkan makanan kepada gelandangan tanpa sinkronisasi dengan badan bukan kerajaan sedia ada menyebabkan lebihan makanan yang akhirnya terbuang begitu saja.

This is just such a waste in all ways!! Cooks wasted their time, donors wasted their money, the carbon emissions to grow the food then send the food from farm to the kitchen to homeless completely unnecessary, precious food wasted, more plastic on earth for no reason at all!! https://t.co/WI9Yvv6hmk
— Maya Karin (@maya_karin) May 21, 2019
Ini pembaziran yang nyata. Tukang masak bazir masa, penderma bazir duit, pengeluaran karbon untuk menghasilkan makanan kemudian angkut makanan dari ladang ke dapur kemudian gelandangan , semuanya tidak diperlukan, makanan berharga terbazir begitu saja dan lebih plastik di muka bumi tanpa sebab!
Maya memberi komen sebegitu susulan pendedahan Syed Azmi di Facebook mengenai lambakan makanan bungkus yang setelah gagal diedarkan, dibiarkan saja di tepi jalan dan menyebabkan pembaziran.
Ia dikenal pasti dilakukan oleh kumpulan kebajikan yang menjalankan pengedaran makanan secara sementara. Mungkin kerana bulan Ramadan, mereka tiba-tiba ingin berbuat kebaikan namun sebenarnya menyebabkan pembaziran kerana jumlah gelandangan lebih sedikit dari makanan yang diedarkan juga oleh kumpulan lain yang konsisten sepanjang tahun.
DEAR @KhalidSamad ,
You can help stop this by banning ad hoc groups from doing "Ramadhan seasonal charity". if they want to do charity, tell them to work with the platforms yang sedia ada!
These seasonal do-gooders need to stop
Cc @fahmi_fadzil @hannahyeoh @SyedSaddiq
— lamkanahraf (@lamkanahraf) May 21, 2019
Ada di antara sukarelawan tersebut dikatakan memilih untuk mengedarkan makanan di Kuala Lumpur kerana ia lebih glamor.
Charity volunteers degil tanak gi kawasan lain sebab “tengah bandar paling glamour skali” and “I need to have photos of me volunteering in KL city” kalau orang kat kawasan tu dah diberi makan oleh team charity lain pilih la tempat lain pulak
— Elimir (@emirzing) May 21, 2019
Ada yang mencadangkan makanan-makanan percuma diedarkan kepada pelajar memandangkan mereka kelaparan dan ramai di antara mereka mengalami masalah kewangan dan terpaksa berjimat cermat.
Students need food more than these homeless, since some homeless actually can go work. While students have limited time to go work
— emanggg ? (@AchuAsyraf) May 21, 2019
Apa pun, satu tindakan bersepadu perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini yang dihadapi saban tahun. Mungkin juga makanan boleh diedarkan ke rumah anak yatim atau rumah orang tua untuk membantu meringankan beban kewangan pusat jagaan. Apa kata anda? – beautifulnara.com
Anonymous
May 23, 2019 at 12:10 pm
Perlu ada keperluan donation. Yayasan Kebajikan Negara mmg ada mengamalkan penyantunan gelandangan supaya tidak berlaku pembaziran.
Kkkk
May 23, 2019 at 12:06 pm
Boleh edarkan dekat sape2 yg memerlukan dngn jumlah ikut siapa yg betul perlukan makanan.Kalau xhabis boleh hantar atau bagi free je dekat orang awam.Ramai je sebenarnya dekat luar nampak senang tapi nk makan xde.Budak2 student pun ramai yg dari keluarga susah area bandar ni nk beli makan pun xde duit.Kalau bagi sedekah dekat bangsa atau agama lain pun bagus dari buang kat tepi jalan.
Anonymous
May 23, 2019 at 12:20 pm
sepatutnya next time, viralkan tarikh, masa bermula & tarikh masa tamat dan tempat jika mahu menderma makanan/pakaian, jika anda ikhlas menderma, tak perlulah anda fikirkan siapa org yg dtg mengambil makanan tu, walaupun org asing sekalipun, walaupun yg dtg pada masa tu naik BMW, MERCEDES..sbb kita tak tahu, samada itu driver atau siapa.
Anda menderma mestilah ikhlas. Beri shj tanpa melihat paras rupa & penampilan.
Sedekah anda anda amat berkat dn x mgkn akan terbuang mcm ini. Siapa cepat dia dapat.
lala
May 23, 2019 at 1:09 pm
Betul, bagi je pada sape2…org yg berduit rasanya xkan ambik and biarkan untuk orang yg lebih memerlukan…buat la nota “makanan untuk disedekahkan”.
Anonymous
May 23, 2019 at 4:43 pm
kalau nak sedekah makanan, boleh juga beri pd orang awam. Edar kat LRT2 station.
wekkkkkkk
May 23, 2019 at 11:56 am
golongan gelandangan berpuasa 11 bulan, tetapi dalam bulan puasa mereka raya sebulan..fhm tak kome..kalau x fhm..nnti aku huraikn maksudnyer..
JERNIH HEIGHTS SDN BHD
May 23, 2019 at 11:53 am
biasa dapat wassap jom tamak pahala, anda bagi kami masak, food given to homeless…taktik peniaga nak dapat duit
Saja nak komen
May 23, 2019 at 11:51 am
Membazir sangat. ****Terkilan****
Anonymous
May 23, 2019 at 1:07 pm
makanan byk camtu elok laaa hantar ke spca ker mane2 volunteer haiwan peliharaan… bole jgk abiskan nasi & lauk ayam goreng tuh…
biar tepi jalan pun last2 lori sampah amik lagii membazir..
Anonymous
May 23, 2019 at 2:16 pm
Sedekah kt masjid pn ok. Ak selalu makan kt masjid tp makanan xcukup.
Hmmm
May 23, 2019 at 2:26 pm
Anjing kucing pun tengah struggle cari makanan tau. :((((
minah jambu say NO to drugs
May 23, 2019 at 9:36 pm
dh kaya makanan sangat sampai terbuang2..agak2 la kalau nak kasim pon asal boleeeeh aje..ha skarang sape nak makan makanan yg banyak2 tu nak buang ?