Maya Karin yang sebelum ini sering mengakui tidak bersedia untuk berada didalam satu hubungan ataupun ikatan perkahwinan nampaknya sudah mula dibuka pintu hatinya ke arah berkenaan.
Malah, Maya Karin memberitahu ada sahaja lelaki yang cuba untuk mendekati dirinya tetapi seingga kini beliau masih belum bertemu dengan si dia yang serasi dengannya. Aktres itu juga mengakui beliau sudah mula rindu untuk kembali berpasangan serta mengharapkan seorang lelaki yang ikhlas buat dirinya.
Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi saya belum bertemu jejaka yang sesuai dan serasi dengan jiwa. Memang saya boleh pilih dan terima siapa saja yang ada di depan mata jika terdesak untuk berkahwin tetapi tiada gunanya.
Saya tidak mahu dikatakan terhegeh-hegeh menuntut cinta dengan lelaki. Mengimbau kenangan silam, saya lebih berhati-hati dengan lelaki. Banyak yang datang menghimpit tetapi sejauh mana keikhlasan mereka? Dalam hati, saya sudah mula rindu untuk kembali berpasangan.
Yakin jodohnya ada diluar sana, beliau terima ketentuan takdir yang sudah tertulis dengan penuh rasa sabar.
Mungkin belum sampai jodoh namun saya terima takdir hidup ini. Hari ini saya belum menemuinya, siapa tahu jodoh hadir beberapa tahun akan datang. Insya-Allah, saya percaya aturan jodoh dan ketentuannya.
Dah lama juga Maya Karin hidup secara solo bukan? Semoga satu hari nanti beliau ditemukan dengan lelaki yang cukup menyayanginya dan boleh menjadi teman hidupnya sehingga akhir hayat.