Maya Karin antara artis wanita yang bukan sahaja jelita tetapi kata orang “beauty with brainsâ€. Mempunyai jumlah pengikut yang agak ramai, mereka semua teringin sekali melihat Maya bahagia dan sering tertanya tidakkah beliau teringin untuk bercinta lagi.
Sudah enam tahun bercerai, Maya akui ada kenalan beliau yang mahu menjadikan beliau teman istimewa.
Saya tidak menafikan ada kenalan yang cuba mendekati, Januari lalu, dan mahu kami mencuba fasa hubungan yang lebih serius. Jujurnya, saya sendiri sukar untuk bercerita mengenainya, tetapi tidak salah kalau berkawan.
Namun, Maya tidak mahu berkongsi lebih lanjut mengenai jejaka berkenaan dan hanya memberitahu lelaki itu bukanlah daripada industri tempatan.
Dia tiga tahun lebih tua daripada saya dan bukan daripada kalangan orang industri.
Mungkin mereka masih dalam fasa untuk mengenali hati budi masing-masing dengan lebih baik. Doakanlah yang terbaik buat Maya, siapa tahu kali ini beliau dipertemukan dengan lelaki yang sesuai buat dirinya. Setabah mana pun seorang wanita, jika ada lelaki yang istimewa memberikan kasih sayang pasti sebuah kehidupan itu akan menjadi lebih indah.