Pelakon Ellie Suriati yang ditemui media menggesa agar kekasih hati bekas suami yang dikenali sebagai Dr. Azra untuk bertemu anak-anak sebelum bernikah dengan Azri Iskandar.
Ujar Ellie, dia masih menunggu kedatangan Dr. Azra dan menegaskan bahawa jika seseorang itu ingin berada dalam hidup bekas suami, wanita itu perlulah jujur dan tidak menipu.
Saya dah kata sebelum ini, be real. Kenapa tak muncul lagi?
Bagi saya, kalau sesiapa yang nak ada relationship dengan Azri, be honest about it. Kenalah real, kenali anak-anak saya, kenali anak-anak tiri saya, kalau dia nak masuk dalam hidup Azri.
Namun begitu, Ellie yang juga seorang pengarah ini tetap mendoakan agar Azri bertemu dengan isteri yang baik dan dapat menjaganya dengan baik.
Dia dalam pada itu turut mengulas jemputan Azri Iskandar ke majlis perkahwinan di hari mereka berdua bakal disatukan kelak.
Kalau ada resepsi, saya akan pergi. Sebab wedding kan? Lagipun kita dah hidup 19 tahun bersama. Tak ada benda pun nak bermusuhan. Apa nak benci?
Sekadar info, Ellie dan Azri telah bercerai pada 17 Mei tahun lalu setelah 19 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.