Maxis Bhd Perkenal Router WiFi 6 Generasi Baharu Dengan Liputan Isyarat Lebih Luas

Teknologi

Maxis Bhd Perkenal Router WiFi 6 Generasi Baharu Dengan Liputan Isyarat Lebih Luas

Terbaru, Maxis Bhd baru sahaja memperkenalkan router WiFi 6 generasi baharu bagi meningkatkan pengalaman jalur lebar fiber pelanggan.

Menerusi router WiFi 6 itu, pelanggan kini dapat menikmati kelajuan lebih pantas dan kesalinghubungan lebih baik dengan liputan isyarat lebih luas. Wah!

Advertisement

Ini sekali gus memberikan pengalaman lebih baik untuk aktiviti seperti muat turun dan muat naik fail yang besar, penstriman filem dan permainan 4K.

Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma, berkata router itu juga diperakui dengan EasyMesh, yang membolehkan pelanggan memperluaskan rangkaian WiFi di rumah dengan menambah peranti EasyMesh mengikut pilihan sendiri.

Selain itu, katanya, router WiFi 6 juga menawarkan kapasiti lebih besar yang membolehkannya disambungkan ke lebih banyak peranti secara serentak pada kelajuan optimum, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati semuanya tanpa gangguan.

“Tidak diragui lagi bahawa penggunaan data dan jumlah peranti yang disambungkan di rumah semakin meningkat khususnya pada situasi semasa”

“Penyambungan fiber kediaman memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Keperluan untuk WiFi kediaman yang berkualiti dan boleh dipercayai amat diperlukan bagi menyesuaikan gaya hidup dan tingkah laku pengguna,” katanya pada majlis pelancaran router baharu itu secara maya, hari ini.

Arjun berkata, Maxis terus menilai keperluan pelanggan dan memastikan mereka mempunyai pengalaman fiber terbaik dengan penawaran router WiFi 6 terkini.

“Ini adalah contoh jelas daripada komitmen kami menyatukan teknologi terbaik untuk membolehkan pelanggan sentiasa maju dalam dunia yang berubah” 

Router WiFi 6 boleh didapati secara percuma mulai hari ini, khusus untuk pelanggan baharu yang mendaftar pelan Maxis Fiber 100 Mbps ke atas.

Pelanggan Maxis Fibre sedia ada akan dihubungi secara berperingkat untuk pelaksanaan peningkatan router.

Maxis juga akan menyediakan pemasangan router secara percuma untuk memastikan bahawa WiFi dioptimumkan bagi pengalaman penyambungan terbaik untuk kediaman.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...