Penyanyi dan penyampai radio Mawi tidak menyangka yang minat mengarahkan drama dan filem serta keikhlasan memperjuangkan tulisan Jawi melayakkan dirinya menerima Anugerah 100 CEO Muda Terbaik 2021 anjuran Ikon Malaysia.
Mawi akui terkejut apabila dimaklumkan bakal menerima trofi bagi kategori Industri Muzik & Hiburan pada majlis yang berlangsung minggu lalu
Tambah Mawi, penerimaan trofi itu secara tidak langsung menambahkan semangatnya untuk terus berkarya bukan sahaja dalam bidang seni, malah mahu terus memperjuangkan tulisan Jawi.
Saya tidak pernah menyangka mendapat pengiktirafan dalam acara anugerah yang langsung tidak berkaitan dengan industri seni.
Menurut Mawi, dia sendiri tertanya-tanya apakah yang melayakkan dirinya menerima trofi itu tetapi telah dimaklumkan yang dia dipilih kerana usaha yang dilakukan dalam bidang seni seperti pengarahan, penerbitan dan perjuangannya terhadap tulisan Jawi.
Ujar Mawi lagi, pengikitirafan tersebut lebih bermakna baginya kerana ia datang bukan daripada acar hiburan sekaligus dia tidak menyangka usaha memperkenalkan tulisan Jawi menerusi segmen Mawi Jawi turut mendapat perhatian pihak penganjur.
Mereka nampak usaha saya mengangkat tulis Jawi. Stesen radio Zayan membawa konsep gaya hidup muslim kontemporari yang mudah untuk pendengar muda.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani turut memaklumkan yang stesen radio Zayan yang diusahakannya itu sentiasa berusaha untuk berkongsi pelbagai maklumat positif yang mampu memberi inspirasi kepada pendengar.
Sekadar info, antara penerima trofi kategori ‘The Most Outstanding CEO’ selain Mawi ialah Syamsul Yusof merangkap pengarah filem Skop Productions dan pemilik syarikat SukeTV iaitu Datuk AC Mizal.