June 26th, 2012

Abang Nara tak tahu sama ada Mawi masih relevan kepada anda atau tidak. Namun bagi Abang Nara, Mawi tetap dekat di hati kecil ini. Abang Nara teringat ketika zaman AF. Satu family menyokong Mawi. Memang ketika itu gelombang Tsumawi sangat hebat. Dan kini, Mawi sudah pun memiliki akaun Twitter untuk memudahkan peminat mengetahui perkembangannya.

twitter mawi

Untuk peminat Mawi, silalah follow Twitternya di @CahayaAsmawi. Diharap Mawi akan selalu berkongsi gambar anaknya, Cahaya Malaika untuk tatapan para peminat. Kepada Mawi, welcome to the Twitterjaya.

67 responses to “Mawi Kini Sudah Ada Twitter, Follow Di @CahayaAsmawi”

  1. meeradriana says:

    mmg minat dia dari AF dulu..
    lagipun sekarang semua main twitter, x salah kot..

  2. pemerhati says:

    kenapa kita orang melayu selalu suka membunuh semangat orang lain, sesama bangsa? bagi la dia semangat, jangan asyik nak hentam saja. Yang dok kutuk mawi, apa yang kau ada…..anything yang boleh dibanggakan?…anything outstanding from you? ask yourself before making any remarks on others.

  3. Prince Noob says:

    korang ni tak payah la nak kutuk2 mawi lagi… dia pun manusia ada perasaan jugak. walaupun makcik2 dah tak byk menggilai mawi world, tapi bagi la dia ruang

  4. hawa says:

    x tau knape org ramai x suka sgt mawi. entah lah.hak masing2 kan. sy ok ja. suka ja mawi dr dulu masa af smpai skrng. rsnya kontroversi dia x da la teruk mana….tp tu la mgkin yg suka dia dulu smpai tahap fanatik so x blh terima bila apa yg terjadi kat mawi bertentangan spt yg diharapkan. penerimaan n persepsi org berbeza2….bg sy mawi x la teruk sgt….org ramai x suka isteri mawi…ekin…mcm2 yg diperkatakan…tp biar la….bg sy..tetap doakan yg baik2 ja jd dlm hidup mawi,ekin n keluarganya.dah ditakdirkan jodoh mawi dgn ekin…terima dgn redha…lg pun smpai hari ni…x pernah dgr mawi lupa keluarga…ada bina mahligai indah untuk mak dia…ada bawa mak dia pergi umrah….rsnya teruk2 mawi…ramai lagi artis lain yg lagi propa….tp tu la x suka x pa…cuma kdng2 ksian bila ramai yg terlalu menghentam mawi.

    • Anonymous says:

      aku rasa mawi ni jenis x hipokrit and x reti nk selindung2….sikap dia ni yg buat org suka kat dia masa af….tpi sikap dia ni jugakla yg buat org meluat dgn dia lps kluar af (especially berkepit2 dgn ekin dlm tv)

    • Anonymous says:

      setuju dengan ko.hidup mawi ni bukan tuk puaskan hati orang2 kat luar sana. sekurang2nya ada gak dia tabur bakti pd keluarga dia,dr korang yg memekak2 ni.ada ko buat banglo tuk keluarga ko?

  5. Anonymous says:

    mawi dah jadi sawi layu …. layu….layu….layu…. dah tak relevant lagi.