Mawi Jumpa ‘Bekas Tunang’, Ucap Selamat Pengantin Baru – “Moga Allah Merahmati Keluarga Kalian”

Hiburan

Mawi Jumpa ‘Bekas Tunang’, Ucap Selamat Pengantin Baru – “Moga Allah Merahmati Keluarga Kalian”

Pertemuan semula antara dua figura yang pernah mempunyai kisah silam nyata mencuri perhatian ramai apabila penyanyi dan juara Akademi Fantasia 3, Mawi, berkongsi sebuah foto yang menyentuh hati di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Mawi dilihat bergambar bersama bekas tunangnya, Ina Naim, anak lelaki Ina iaitu Hadie, serta suami baharu Ina, Khairul. Perkongsian itu sekali gus menggambarkan hubungan baik yang masih terjalin meskipun mereka sudah lama membawa haluan masing-masing.

Advertisement

Mawi ina

Tidak sekadar berkongsi foto, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 45, turut menitipkan ucapan penuh bermakna buat pasangan pengantin baharu itu.

“Selamat pengantin baharu Khairul dan Ina Naim. Moga Allah merahmati keluarga kalian,” tulisnya.

Hantaran berkenaan pantas dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya teruja melihat kematangan dan keikhlasan kedua-dua pihak dalam mengekalkan ukhuwah.

“Bila dua-dua berlapang dada dan berhati suci, Insya-Allah yang baik-baik mengiringi. Ini baru betul ‘world’,” komen netizen.

Malah, ada juga yang berseloroh mengenai kemungkinan hubungan mereka menjadi lebih rapat pada masa depan.

“Tak ada jodoh. Mana tahu kot-kot nanti jadi besan. Maaf gurau sahaja,” tulis seorang pengguna.

Dalam masa sama, segelintir peminat turut mencadangkan agar Mawi tampil dengan lagu duet bersama Hadie, yang pernah dikenali menerusi program realiti.

Untuk rekod, Mawi dan Ina pernah mengikat tali pertunangan lebih dua dekad lalu sebelum penyertaan Mawi dalam Akademi Fantasia 3 melonjakkan namanya sebagai antara bintang paling popular ketika itu. Namun, hubungan tersebut berakhir pada tahun 2006 dan menjadi bualan hangat peminat hiburan tempatan.

Ina kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama penyanyi nasyid, Suhaimi Saad pada tahun 2007, manakala Mawi pula berkahwin dengan pelakon Ekin Rahmat setahun selepas itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-09 12:51:24

Qada Solat Yang Sengaja Ditinggalkan, Peminat Tegur Zahirah MacWilson - "Tak Boleh Ya, Haram"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...