September 24th, 2020

Mendedahkan dirinya amat berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah adalah tidak betul, penyanyi Mawi mengakui beliau ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

Mawi Harap Dakwaan Rumah Tangga Syamsul Yusof Dilanda Badai Tidak Betul

Katanya lagi, beliau juga mengetahui kisah tersebut menerusi kenyataan daripada media dan laman sosial.

“Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya.”

Mawi Harap Dakwaan Rumah Tangga Syamsul Yusof Dilanda Badai Tidak Betul

Menurutnya, beliau bagaimanapun tampil menyeru orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut. Malah berharap agar segala kontroversi yang menlanda kehidupan sahabat baiknya itu sama sekali tidak betul.

“Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah. Saya harapkan cerita ini tak betul. Kita doakanlah.”

Mawi Harap Dakwaan Rumah Tangga Syamsul Yusof Dilanda Badai Tidak Betul

Terdahulu, Sarah dikhabarkan tampil berpakaian serba hitam ke pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu. Malah, hasil tinjauan di Instagram juga mendapati, Syamsul dan Sarah difahamkan sudah tidak lagi mengikuti akaun masing-masing.

Kali terakhir mereka berkongsi foto bersama adalah ketika menyambut Aidilfitri pada Mei lalu.

 


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...