February 4th, 2010

mawi dan ekin

Susah kehidupan seorang artis popular nie. Lagi-lagi yang bernama Mawi. Ok mungkin Mawi dah tak sepopular dulu dah. Dulu masa awal-awal memang dia meletup. Tapi skang nie aura dia dah makin kurang dah. Ada orang kata populariti dia makin menurun sejak dia kawin ngan Ekin. Rasa-rasa korang betul ke tak?

Tajuk di atas nie merujuk kepada permasalahan yang meruntun jiwa Mawi tentang isterinya, Ekin. Iyerlah, dah nama pun bini kan. Mestilah nak diusung ke mana-mana. Masalahnya ramai yang meluat, benci dan menyampah bila tengok si Ekin nie berkepit ke mana-mana je ngan Mawi. Kata orang, Ekin nie menumpang populari Mawi.

Mungkin Mawi dan Ekin ada over-acting sikit la terutamanya dalam program Langkah Mawi. Itu yang ramai meluat jer. Mungkin Ekin gedik lebih sikit. Tapi apa salahnya kalau gedik kat laki sendiri kan? Mungkin budaya orang Melayu kita nie masih tak boleh terima kemesraan yang ditunjukkan walaupun suami isteri. Tue yang ramai bila dah kawin, laki jalan jarak dengan bini sampai 500 meter. Berapa banyak mungkin daaaa ~~

Kepada Mawi dan Ekin, nasihat kami kalau boleh kurangkanlah penampilan bersama di dalam TV. Mungkin betul penaja jemput Ekin supaya join program Mawi sekali. Tapi kadang-kala belajarlah untuk menolak. Kalau setiap kali Mawi keluar TV ada muka Ekin, nak taknak memang menyampah jugak jadinya. So biarlah nampak ekslusif sikit. Kata orang, ini semua untuk kepentingan jangka masa panjang.

Dan pesanan terakhir kepada Mawi, bila lagi nak timang cahaya mata? Hari tue dah gugur 2 kali dah. Harap-harap kali 3 nie semuanya akan berjalan lancar.

P.S: Korang dah jadi belum Fan Facebook ProjectAlpha? Season 2 dah nak bermula dah. Abang Nara pun ada join sekali.


Comments are closed.

Loading...