Mawi Bakal Terbitkan Sebuah Biografi Tentang Hidupnya

Hiburan

Mawi Bakal Terbitkan Sebuah Biografi Tentang Hidupnya

Penyanyi dan penyampai radio, Mawi memaklumkan yang dia bakal menerbitkan sebuah biografi tentang dirinya yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

Mawi AF
3 years ago

"Kalau Dulu Saya Tak Jadi Diri Sendiri.." - Mawi Akui Lebih Selesa Hidup Tanpa Populariti

Advertisement

Menurut Mawi, biografi yang bakal diterbitkan itu merupakan catatan tentang kehidupannya sejak menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-3 hingga sekarang.

Buku ini adalah kisah hidup saya. Saya nak kongsi sebagai inspirasi kepada semua pembaca.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi bin Ani memberitahu tentang perkara tersebut ketika ditemui media di sebuah program anjuran radio Zayan di Taman Serdang Jaya, Petaling Jaya.

Dalam pada itu, bekas juara Akademi Fantasia musim ke-3 itu juga sempat mengatakan yang dia sebenarnya sudah lama berhasrat untuk menerbitkan sebuah biografi sejak dahulu lagi.

Mawi

Namun, hasratnya itu belum mampu ditunaikan susulan dirinya yang merasakan seperti perjalanan ketika itu belum cukup kuat dan kukuh untuk dijadikan biografi.

Tambah Mawi lagi, biografi tersebut bukan sahaja untuk dia berkongsi cerita semasa waktu kegemilangannya malah turut merangkumi cerita di fasa lain ketika dia berdepan dengan gangguan mistik.

Cerita mengenai gangguan mistik tersebut tidak pernah dia ceritakan kepada umum tetapi nekad untuk kongsikan pengalaman itu dalam biografi tersebut kerana dia merasakan seperti mati kemudian hidup semula ketika itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...