Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mawar Rashid Teruja Dan Gembira Kongsi Kisah Cinta Bersama Raf Yaakob

Serius menjalinkan hubungan dengan Raf Yaakob, pelakon Mawar Rashid akui beliau sentiasa teruja dan gembira untuk berkongsi perkembangan cintanya itu dengan peminat.

Advertisement

Hubungan kami semakin serius dan tiada apa yang perlu disembunyikan tentang apa yang saya rasa bersama pengikut laman sosial saya. Lagi pula saya agak yakin dengan kesungguhan dia. Apa yang saya lakukan itu (kongsi gambar di laman sosial) membuatkan saya dan dia gembira.

Dia seorang yang matang, bertanggungjawab dan berkarisma yang mana memang menepati cita rasa saya. Biarpun dia berstatus duda tapi saya terima dia seadanya.

Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk Mawar memikirkan soal perkahwinan bersama Raf. Katanya, beliau ingin mengenali hati budi Raf dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Mawar juga mahu memberikan fokus terhadap kerjaya lakonannya yang baru sahaja bermula.

Masih terlalu awal untuk ke arah itu (perkahwinan), kami baru masuk bulan keempat bercinta. Saya mahu fokus dengan kerjaya lakonan terlebih dahulu dan jika suatu hari nanti ada jodoh kami, Alhamdulillah.

Advertisement

Jarang artis ingin terlalu bersifat terbuka mengenai hubungan percintaan mereka. Ada yang takut kena kecam pun ada. Apa-apa pun, semoga Mawar dan Raf berbahagia selalu. Harapnya ada jodoh sehingga ke jinjang pelamin satu hari  nanti.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama