Sebelum ini nama Mawar Rashid menjadi viral kerana tidak mengetahui apa itu Goods and Services Tax (GST) ketika menjawab soalan wartawan untuk pertandingan Dewi Remaja 2014/2015. Akibatnya, dia dikutuk Netizen dan ada yang menggelarnya sebagai ‘bimbo’ kerana waktu itu GST ialah sesuatu yang mendapat liputan dan reaksi meluas.
Namun menurut Mawar kepada mStar Online ,biarpun isu itu meninggalkan kesan negatif buat dirinya,ia juga menyebabkan dia diberi tawaran untuk berlakon.
Sebenarnya saya tidak mahu bercakap mengenai isu (GST) ini lagi tetapi benar kontroversi tersebut telah memberi hikmah yang besar buat diri saya.
Saya tahu macam-macam orang kutuk saya sebagai contoh tidak cerdik. Tidak mengapa, itu semua pengajaran buat saya untuk menjadi seorang yang lebih peka terhadap perkembangan semasa.
Jujurnya, saya memang patah semangat gara-gara isu itu, tetapi selepas seminggu, saya mula bangkit dan tolak ketepi anasir-anasir negatif.
Yang saya tahu, saya ingin menjadi seorang yang berguna buat masyarakat dan ingin tampil dengan pakej lakonan yang bagus juga.
Sejak isu tersebut menjadi viral, saya sering menerima tawaran lakonan pula. Alhamdulillah, dalam keadaan yang sangat serabut, Allah membuka pintu rezeki saya.
Wajahnya memang boleh tahan. Siapa tahu Mawar ada bakat dan boleh berjaya dalam bidang lakonan pula. Di sebalik sesuatu kejadian negatif, biasanya ada hikmah yang tersembunyi. All the best diucapkan buat Mawar Rashid.
TAHNIAH FESTARI2015!!!Kategori Rampaian TradisionalBusana Terbaik : Sanggar Budaya Miri, SarawakKoreografer Terbaik…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Saturday, 6 June 2015