Bagi menghormati bulan Ramadan yang mulia, pelakon cantik Mawar Rashid mahu cuba mengenakan tudung buat pertama kalinya sepanjang Ramadan kali ini.
Mawar berkongsikan berita baik itu menerusi Instagramnya semalam dan turut memuat naik fotonya yang kelihat begitu manis berhijab. Menurut Mawar, ini kali pertama dia bertudung dalam jangka waktu yang lama.
Perkara tersebut telah disambut dengan pelbagai reaksi positif daripada rakan artis dan netizen. Mereka mendoakan agar Mawar terus istiqamah memakai hijab dan semoga kekal sehingga selepas tamat bulan puasa nanti.
Doakan yang baik-baik untuk Mawar siapa tahu beliau selepas ini dia akan terbuka hati untuk kekal berhijab.