Empat tahun menyulam cinta kini pelakon Mawar Rashid memberitahu beliau sudah kembali solo. Walaubagaimanapun, Mawar tidak mahu terlalu sedih memikirkan cintanya yang terputus di tengah jalan dan mahu memberikan fokus kepada kerjaya seninya.
Alhamdulillah, saya semakin selesa bersendirian kerana mempunyai kebebasan untuk bekerja keras sebagai anak seni. Saya mempunyai lebih banyak waktu untuk diluangkan bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan berbanding dulu.
Mungkin juga saya masih muda dan sukar membahagikan masa melakukan pelbagai perkara serentak. Lebih baik saya hanya tumpukan perhatian kepada kerjaya buat sementara waktu.
Mawar akui kadang-kadang beliau terkenangkan juga memori indah bersama bekas kekasih kerana mereka menjalinkan hubungan agak lama. Namun, setiap apa yang berlaku membuatkan Mawar lebih matang.
Tipu jika saya katakan tidak terkenang bekas kekasih kerana banyak memori yang kami lalui bersama, namun pengalaman lalu mematangkan saya. Ruang bersendirian ini juga saya jadikan untuk memperbaiki diri supaya menjadi insan yang lebih baik.
Kalau sudah bukan jodoh pasti hubungan yang lama dibina akan terlerai jua. Bukan mudah sebenarnya nak melupakan setiap kenangan tetapi kita perlu redha dengan ketentuan takdir.