Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mawar Rashid Jawab Gosip Sedang Bercinta Dengan Raf Yaakob

Minggu lepas, kami ada menyiarkan artikel dimana adik kepada Datuk Fazley iaitu Raf Yaakob seakan sedang dilamun cinta dengan pelakon dan bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid menerusi sebuah foto dan kapsyen romantis yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Advertisement

Terbaru, menerusi portal Harian Metro, Mawar telah tampil menjelaskan gosip percintaannya itu. Menurut Mawar, beliau dan Raf masih lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing dan mengakui beliau dan Raf diperkenalkan oleh Emma Maembong yang sememangnya berkawan rapat degan Raf sejak daripada kecil. Mawar pula, adalah rakan baik Emma.

Antara saya dan Raf, kami belum lagi isytihar hubungan kami ini sama ada bercinta ataupun tidak. Buat masa ini saya senang kalau umum tahu bahawa kami berkawan. Saya mengenali Raf menerusi Emma Maembong, memandangkan keluarga Raf mengenali keluarga Emma sejak dulu. Emma dan Raf sendiri berkawan sejak mereka di bangku sekolah lagi.

Disebabkan saya mengenali Raf baru dua bulan, jadi saya tidak berani untuk memberi komen lanjut. Pada saya, sebaiknya ikut saja perkembangannya bagaimana. Kalau ada jodoh dan tertulis Raf adalah lelaki yang boleh menjaga dan membimbing, saya akan terima dengan hati terbuka.

Umum mengetahui Raf adalah seorang duda beranak dua, tetapi Mawar sedikit pun tidak kisah dengan status Raf. Mawar akui Raf mempunyai sifat bertanggungjawab dan apa yang penting lelaki itu mampu membimbingnya untuk menjadi insan yang lebih baik.

Advertisement

Sebagai bapa tunggal, saya dapat tengok bagaimana Raf memikul tanggungjawab. Dia melayan anaknya dengan penuh kasih sayang. Raf juga lelaki yang mementingkan keluarga.

Perkara itu membuatkan saya lagi berasa selesa kerana sebagai mana dia menjaga anak-anak dan keluarganya, sudah tentu kalau kami ada jodoh, dia juga akan menjaga saya seperti itu.

Mawar berjanji sekiranya beliau mempunyai sebarang berita gembira tentang hubungannya dengan Raf beliau pasti akan berkongsi mengenainya dengan peminat.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama