Selepas mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu, pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob khabarnya bakal bernikah pada 9 November iaitu hari Khamis minggu ini. Menerusi ruangan Diva di Kosmo Online, majlis perkahwinan mereka bertemakan Jawa tradisional dan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Mereka juga dikatakan bakal berbulan madu di Rusia.
Selepas sekian lama berteka-teki, pasangan bahagia, Mawar Rashid dan Raf Yaakob akhirnya sah bakal diijabkabulkan sebagai suami isteri pada Khamis ini.
Ada yang memberitahu Diva, pasangan itu akan diraikan dengan penuh meriah dalam satu majlis yang bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. Kalau tak silap Diva, perkahwinan itu juga bertemakan Jawa tradisional.
Sekiranya berita gembira ini benar, kami di Beautifulnara mengucapkan tahniah kepada Mawar dan Raf. Semoga rumah tangga yang dibina kekal sehingga ke akhir hayat.