Menerusi Instagram Story milik bekas isteri Fizo Omar, digambarkan sepertinya Mawar Karim dan anaknya, Maryam disahkan positif COVID-19 kelmarin.
Usahawan wanita itu dilihat memuat naik entri di mana mereka berdua telah diambil oleh petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di rumah bagi menjalani rawatan susulan.
Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keadaan dia anaknya.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan Maryam. Hanya Allah saja dapat membalas jasa baik kalian. Semoga saya dan Maryam terus sihat. Insya-Allah.”
Tak lupa juga untuk berterima kasih kepada para petugas kesihatan yang menjaganya.
“Terima kasih juga kepada petugas barisan hadapan. Maaf kalau saya tak dapat nak jawab panggilan atau emel dan apa-apa dari media sosial. Saya dan Maryam boleh lawan. Maryam anak yang kuat.”
Dalam satu entri lain, Fizo Omar dilihat meninggalkan komen dan meminta agar Mawar dan Maryam akan terus kuat menghadapi dugaan ini.
“Terus kuat dan banyakkan berdoa. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Semoga cepat sembuh.”
Semoga Mawar dan Maryam baik-baik sahaja.