July 1st, 2019

Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim yang didakwa sedang bergolak mendapat perhatian ramai. Fizo juga pernah memberitahu perkahwinannya itu mempunyai masalah dan redha sekiranya jalan perpisah adalah yang terbaik buat mereka.

Kali ini, Mawar pula tampil mengakui ada mendapatkan khidmat peguam dan merujuk masalah rumah tangganya itu pada pejabat agama untuk untuk mendapatkan nasihat mengenai kemelut yang sedang dihadapi.

Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo. Mawar menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

Harapnya netizen tidak cepat membuat andaian dan spekulasi sendiri yang hanya akan memburukkan lagi keadaan sedangkan mereka tidak mengetahui cerita sebenar.

Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik dan tidak putus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina.


18 responses to “Mawar Karim Akui Jumpa Peguam Dan Rujuk Pejabat Agama”

  1. Anonymous says:

    jumpa peguam x semestinya nak bercerai, die org kaya ade bisnes so x heran lah mmg ade lawyer sendiri. mungkin lebih nak ke arah pandangan n minta nasihat if cmni jd ape if cmtu jd apa, lebih baik seek for advise drpd buat keputusan melulu n canang kat socmed.

  2. Minah membawang says:

    Kalo bce btul2 caption mawar ni,minah ghase ade kena mengena dgn cmpr tgn family kot..yela,fizo kan anak mak..mgkin mawar rse xde privasi n mgkin fizo lbh utamakn mak die dr mawar dlm buat kptsn kot..mungkinlah kn,mungkinnn..minah nak cakap lebey pn minah xdok sekali dgn dorg,minah cuma pemerati jerrr

    • Anonymous says:

      aku pun rasa mcm kau lah minah. fizo ni anak mak. mesti mawar dh lama sabar ni. apa2 pun harap2 diaorg tak bercerai laa…

    • Anonymous says:

      mak jangan masuk campur urusan rumah tangga anak / menantu. kalau taknak anak ada bini atau kalau jeles dengan bini anak, jangan bagi anak kawin. kepit je anak laki tu bawah ketiak angkut la kehulu kehilir :(

    • anak makcik bawang says:

      aku duduk dengan mak mertua aku dan anak tiri jugak. laki aku anak mak. semua mak yg control. termasuk bila kau kena balik raya. bila nak balik kl. raya kat mana. paling sakit hati… dlm rumah tu kau tak boleh pandai2. mak kau dah ajar cara masak mcm tu. tapi dapat kat mak mertua kau kena tegur. macam2 lagilah yg dia masuk campur. memang gaduh besar tp sekali lagi persefahaman tu penting. berbincang. gaduh. baru faham hati masing1

    • izza says:

      hahaha…aku pn ada kes ngn mak mertua mcm ni…tp aku duk jauh la ngn MIL balik sebulan sekali je…
      rasanya dah 5 tahun aku sabar ngn MIL. MIL aku ni mmg semua nk campur, tapi raya lepas Alhamdulillah laki aku (anak kesayangan MIL) sendiri nampak layanan mak dia pada aku…cakap tu kalau tak perli tak sah…tapi nasib la aku bleh lg tahan aku DIAM je..balik rumah kteorg bincang sampai la aku tnya kt laki aku..”sampai bila u nak biarkan mak u layan i mcm ni?”
      benda ni suami kena amik bahagian..wlpun syurga bawah kaki mak tapi tidak boleh sewenang2 mak tu buat macam2..
      Mak dia juga pernah kantoi kutuk aku KAW2 dekat laki aku (masa call kiterong record)..tapi laki aku senyap..ye la aku paham kang dia menangkn aku kata anak derhaka lak kan..tapi tu la mmg ade jenis MIL mcm ni..jeles ngn menantu..rasanya aku xpenah lak halang laki aku bg duit kt MIL..bila balik kg pn kalo MIL n laki aku gi shopping pn aku xikut, sbb aku nk bg dorng bonding time.
      TO FIZO…hargai lah isterimu,suami harus pertahankan isteri..jgn la bg family kita suka2 kutuk pasangan kita…handle lah benda ni kalau libatkn MIL secara adil n tulus…boleh tengok video mufti menk.. TO BE FAIR and JUST

      STAND BY YOUR WIFE, RIP MIL

    • Anonymous says:

      bergantung jenis mak mertua jugak sebenarnya. kalau mak mertua puaka tu buat semua benda tak kena :/

    • Anonymous says:

      rasanya lakot. apap pon kelantan–penang mmg tak ngam.

  3. Anonymous says:

    Fizo je gelabah bewak canang dkt ig. normal lah tu kalau ada masalah pi jumpa peguam ke apa untuk dapatkan nasihat. baik mcm tu dr diam je pastu makan dalam. lelama cerai jgk tp pakej dgn berperang sbb segala dendam kesumat lepas cerai br terluah. anak2 jgk jd mangsa.

  4. unknown says:

    true mawar.. hanya suami isteri sahaja yg tahu ragam pasangan masing2.. parents sendiri pun belum tentu kenal.. selagi mana boleh sabar, kita sabar, selagi mampu telan, kita telan.. kerana kita juga bnyk kurangnya.. all da best to both of you..

  5. ruhil says:

    korang nak petua kekalkan keharmonian rumahtangga tak? aku recommend korang jumpa neng yatimah,takpun rosiah chik..mereka arif ttg keharmonian rumahtangga

    • Anonymous says:

      aku doa ko ni sewel selamanya.
      tak abes2 mainkan nama artis lagenda, dah meninggal pulak tu.
      dasar tak hormat orang & gila.

    • gampang says:

      kalu 360 darjah, maksudnye korang kembali ke temapt asal, tak le berubah perangai lama. sebab tu le kena cerai kot bodoh nye. semoga cerai le cepat2 so tak le menyemak kat nara ni

Loading...