Maut Tercampak Dari SUKE, Rakan ‘Rider’ Dedah Kebaikan Arwah – “Al Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangannya”

Kehidupan

Maut Tercampak Dari SUKE, Rakan ‘Rider’ Dedah Kebaikan Arwah – “Al Quran Tak Pernah Lepas Dari Tangannya”

Gara-gara kecuaian penunggang lawan arus, seorang lelaki maut selepas tercampak daripada ‘flyover’ di susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (SUKE) menghala Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Rakan motosikal berkuasa tinggi yang mengenali mangsa secara peribadi, Mohd Said Mohd Shariff tampil mendedahkan sikap mulia yang ada pada diri arwah.

Advertisement

Katanya, arwah Ahmad Fadzil Omar Azzadin, 62, merupakan seorang yang cool dan mempunyai kemahiran dalam mengendalikan motosikal.

Bukan itu sahaja, allahyarham juga sering memberikan nasihat tentang cara pengendalian jentera kepada rakan-rakan motosikal berkuasa tinggi yang lain.

Arwah juga merupakan seorang pencinta sunnah dan sentiasa istiqamah menunaikan solat jemaah serta akan memastikan dirinya solat di saf hadapan.

Di sudut yang lain, beliau juga sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al Quran setiap hari.”

Pemergian arwah memang sangat memilukan tetapi dari sudut yang lain kita dapat tahu bagaimana keperibadiannya dengan sesama manusia  serta hubungannya dengan Sang Pencipta.

2 years ago

Penunggang 'Ducati' Maut Jatuh 'Flyover', Netizen Seru Pelaku Lawan Arus - "Cari Sampai Dapat!"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...