Bapa kepada Nurul Athira Auni mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet ketika menziarahi pusara anak perempuannya yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya.
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, ucapan dan doa yang dilafazkan oleh bapa Allahyarhamah menyentuh perasaan ramai, terutama melihat keikhlasan seorang ayah yang masih berusaha menerima kehilangan anak tersayang.
Dalam luahannya, bapa arwah menyatakan lebih baik jika nyawanya diambil terlebih dahulu berbanding anak-anak kerana tidak sanggup menanggung rasa kehilangan yang bersifat kekal.
Tidak lama lagi kita akan menyusul juga. Semoga azab kubur tidak menghampiri wahai anakku, belahan jiwa abah.
Kalau meratapi, abah tak reda kau pergi tapi abah terbayang-bayang wajah kau. Allah masih meninggalkan empat orang anak abah. Alangkah bagusnya kalau abah yang pergi dulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa simpati dan mendoakan agar bapa arwah diberikan kekuatan serta ketabahan untuk meneruskan kehidupan selepas ujian berat yang menimpanya.

Untuk rekod, Allahyarhamah Nurul Athira Auni meninggal dunia dalam satu kemalangan membabitkan dua buah motosikal di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran TMG Mall Bandar Putra.
Allahyarham turut dikenali ramai menerusi perkongsian siaran langsung di TikTok, di mana dia membantu bapanya dengan menebar roti canai di warung keluarga, sekali gus menjadikan dirinya dekat di hati pengikut media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
