Maut Akibat Strok Haba, Kes Pertama Kali Berlaku

Trending

Maut Akibat Strok Haba, Kes Pertama Kali Berlaku

18haba.transformedSeorang pelatih konstabel lelaki, Azizan Ayob, 23, telah meninggal dunia akibat strok haba ketika menerima rawatan di wad Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini, semalam, selepas Allahyarham pitam pada majlis suai kenal kelmarin.
Menurut Pegawai Latihan Luar Pusat Latihan Polis Segamat di Batu Anam, Asisten Superintendan Muzammil Mohammad Mor, Allahyarham dimasukkan ke hospital selepas pitam dan disedari oleh rakan-rakan pelatih ketika majlis suai kenal di kawasan padang kawad di pusat latihan itu kira-kira jam 10 pagi kelmarin.

Pihak hospital memaklumkan bahawa arwah meninggal dunia dipercayai berpunca dari sistem sel dalam badan tidak berfungsi walaupun dengan bantuan mesin pernafasan,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Advertisement

Tambah beliau lagi, arwah masih bujang dan berasal dari Tanjung Kling, Melaka.

Jenazahnya telah dibawa pulang ke kampung halaman oleh keluarga terdekat untuk dikebumikan.

Allahyarham antara 467 pelatih konstable lelaki yang didaftarkan diri ke PULAPOL di Segamat yang dijangka menamatkan latihan asas kepolisan pada 11 September ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Daerah Segamat, Dr Aman Rabu mengesahkan pihaknya menerima pesakit dan punca kematian akibat strok haba yang menyebabkan sistem sel dalam badan tidak berfungsi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...