Jarang Abang Nara melihat kenyataan bernas daripada selebriti tentang isu semasa. Namun kata-kata Naz Rahman yang popular menerusi program Jalan-Jalan Cari Makan tentang isu kematian 24 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah di Keramat akibat kebakaran ini harus dipuji. Bagi Abang Nara, kita tidak menafikan pelajar-pelajar ini mati syahid, namun punca sebenar kematian mereka kerana kecuaian pihak pengurusan. Janganlah hanya dengan perkataan “syahid” itu kita menutup sebelah mata atas sikap acuh tak acuh pihak ini.
Semuanya bermula apabila Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod mengeluarkan kenyataan para pelajar yang meninggal dunia di dalam kebakaran tersebut adalah mati syahid.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, Naz Rahman telah menghentam Pengetua Pusat Tahfiz tersebut. Antara kata-kata Naz Rahman:-
Abang Nara bersetuju 100% dengan apa yang dikatakan oleh Naz Rahman. Memang kita bersedih dengan pemergian adik-adik ini, namun kita tidak harus menafikan dan memandang sebelah mata kecuaian mereka yang sepatutnya bertanggungjawab menjaga keselamatan para pelajar pusat tahfiz tersebut. Abang Nara juga kecewa dengan mereka yang berkata “benda dah nak jadi”. Wow. Sebenarnya benda ini benda yang boleh dielakkan, tetapi kerana sikap sambi lewa, akibatnya harus ditanggung oleh kanak-kanak tidak berdosa ini. Semoga pihak yang terbabit akan dibawa ke muka pengadilan.