“Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta” – Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong

Hiburan

“Mati Nanti Akan Tinggal Juga Semua Harta” – Sajat Tak Kisah Aset Kena Lelong

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat mengakui tidak kisah sekiranya aset di Malaysia miliknya disita dan akan dilelong pada hari ini.

Menurut Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, dia tidak perlu memikirkan tentang perkara tersebut.

Advertisement

Sajat berkata, dia sentiasa berlapang dada dan mahu meneruskan kehidupan baharunya di Australia.

Sebagai manusia, pokok pangkalnya apa yang kita ada kita akan tinggalkan nanti. Syukur saya dapat melihat semua ni ketika saya masih hidup.

Sajat akui dia tidak hadir ketika perbicaraan dan telah dianggap kalah kerana dia tidak berada di Malaysia.

Bagi saya, saya dah mati di Malaysia! Saya tak perlu fikirkan apa yang berlaku di sana, sama ada tentang rumah dan segalanya. Terpulanglah mereka nak buat apa.

Nak lelong, lelonglah. Saya tak hairan pun. Apa kita ada nanti pun kita akan tinggalkan…

Tegas Sajat, tidak perlu untuk dirinya bersedih dan berduka lara dengan keputusan yang sudah muktamad.

Bagaimanapun, Sajat melihat perkara ini daripada sudut positif dan bersyukur dengan apa yang berlaku.

Baca: Harta Sajat Akan Dilelong Esok, Jemput Datang Ke Kota Damansara Untuk Pembelian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...