Mati-Mati Ingat Tukang Cuci, Diva AA Akui Tak Kenal Siapa Chubb-E

Hiburan

Mati-Mati Ingat Tukang Cuci, Diva AA Akui Tak Kenal Siapa Chubb-E

Merangkul gelaran Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33) tempoh hari, nama penyanyi muda Chubb-E kini mula menjadi sebutan ramai selepas kemenangannya itu khabarnya dipertikai oleh segelintir pihak.

Advertisement

Biarpun sudah lapan tahun bertapak dalam industri hiburan tanah air, namun kewujudhan Chubb-E sehingga kini dikatakan masih misteri dan menjadi tanda tanya siapakah gerangan individu yang dimaksudkan.

Bahkan, ada juga yang mendakwa mereka langsung tidak pernah melihat kelibat penyanyi tersebut di kaca televisyen.

Terbaharu, pengacara tersohor tanah air, Azwan Ali atau lebih mesra disapa Diva AA dilihat tidak ketinggalan memaklumkan kepada umum bahawa dirinya juga tidak mengenali siapa sebenarnya Chubb-E.

Lebih perit, pengacara yang terkenal dengan mulut lancangnya itu seolah “mati-mati” ingatkan penyanyi lagu “Padan Muka” itu adalah seorang tukang cuci.

”Artis mana gelupur menang ni? Mati-matu ingat tukang cuci? Kau rasa?”

Perkara itu dikongsi Diva AA menerusi sebuah posting di laman Twitter miliknya.

Menjengah ke ruangan komen, pengikut pengacara program “Lagu Cinta Kita 2” itu juga seakan tidak terlepas mempertikai kemenangan Chubb-E dan berpendapat bahawa penyanyi itu sama seperti penjual air balang.

Untuk rekod, Chubb-E yang juga peserta program realiti “Dansa Dan Sing” sebelum ini telah berjaya menewaskan beberapa pesaing hebat dalam kategori yang sama antaranya Zynakal dan Yonnyboii.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...