dUCk scarves sememangnya dikenali sebagai antara jenama tudung premium yang menonjol dengan kualiti fabrik tinggi serta pembungkusan kotak ungu yang ikonik dan eksklusif.
Setiap koleksi dUCk sering tampil dengan rekaan bercorak unik yang membawa kisah inspirasi tersendiri, termasuk tema tempatan yang dekat di hati peminat. Popularitinya juga luar biasa apabila banyak koleksi edisi terhad habis terjual hanya dalam beberapa minit selepas dilancarkan.
Baru-baru ini, beberapa pengguna meluahkan rasa rindu terhadap jenama tersebut di media sosial. Mereka menyifatkan tudung keluaran dUCk memiliki kualiti yang sukar ditandingi oleh jenama lain ketika ini.

“Memang betul, material sutera dUCk memang berada di tahap yang tersendiri. Memang susah nak cari sekarang. Pembelian terakhir saya adalah pada tahun 2024.”
“Sedih sangat lalu depan kedai dUCk di Bangsar ni, masih kosong lagi tanpa penyewa, dekat Pavillion pun dah bertukar jadi RR. Harap sangat satu hari nanti dUCk akan muncul kembali.”
“Ya, selendang satin dUCk memang yang terbaik. Saya masih ada koleksi pertama saya dari tahun 2016 dan masih memakainya sehingga hari ini. Memang susah nak cari kualiti macam itu sekarang,” kata para pengguna.
Dalam masa sama, ada juga warganet yang mencadangkan agar peminat mencuba jenama tudung tempatan lain yang turut menawarkan kualiti tersendiri sebagai alternatif.
Namun bagi sebahagian pengguna setia, dUCk tetap mempunyai tempat istimewa tersendiri kerana nilai eksklusif dan kualitinya yang konsisten sejak awal kemunculan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lainpada pautan di bawah.
