Melalui laporan Harian Metro, susulan kejatuhan mata wang yang mendadak berlaku di negara jiran Malaysia iaitu Indonesia, ramai pelancong Malaysia menjadi negara terbabit sebagai destinasi pilihan untuk melancong.
Kos makanan dan pengangkutan lebih rendah
Disebabkan nilai tukaran ringgit lebih stabil, ia membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk melancong ke sana dengan kos hotel, makanan serta pengangkutan yang lebih rendah.
Menurut Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata), Datuk Mohd Khalid Harun, antara faktor utama pelancong Malaysia memilih Indonesia sebagai destinasi melancong kerana kadaran pertukaran wang ringgit yang lebih baik berbanding rupiah.
Namun begitu, banyak juga faktor lain yang membuatkan pelancong Malaysia ‘menyerbu’ Indonesia dan antaranya adalah jarak yang dekat, kemudahan akses penerbangan, penginapan selesa, layanan hospitaliti bertaraf tinggi serta mudah untuk dapat makanan yang halal.
Negara kedua paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia selepas Thailand
Ini menjadikan pelancongan dirancang menjadi lebih mudah dan selamat untuk pelancong Muslim dari Malaysia.
Dalam pada itu, Pengarah Flywind Holidays yang juga syarikat pelancongan tempatan, Razly Mohamed berkata Indonesia berada di kedudukan kedua tertinggi yang dilawati oleh pelancong Malaysia selepas Thailand.
Antara lokasi pilihan rakyat Malaysia ialah ke Batam, Bali, Jakarta, Bandung, Banda Aceh, Padang, Bukit Tinggi, Jogjakarta dan Medan.