Mata ‘Redup’ Jadi Perbualan, Liyana Jasmay Terima Komen Netizen Dengan Hati Terbuka – “Saya Okay Sahaja”

Hiburan

Mata ‘Redup’ Jadi Perbualan, Liyana Jasmay Terima Komen Netizen Dengan Hati Terbuka – “Saya Okay Sahaja”

Pelakon Liyana Jasmay memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan fizikal mata redupnya, dengan ada yang menganggap dia kelihatan seperti mengambil barang terlarang atau terlalu letih.

Menurut Liyana, 37, mata tersebut merupakan ciri semula jadi dirinya, dan dia juga tidak pasti mengapa ia kelihatan begitu, terutama apabila tampil tanpa solekan.

Advertisement

Jelasnya kepada mStar,

Tak tahulah kenapa mata ini. Dah memang mata saya macam ni, tak tahu nak komen apa.

Liyana juga berkata bahawa dia tidak terganggu dengan komen tersebut dan menganggap perhatian yang diberikan oleh netizen sebagai satu bentuk publisiti.

@ljoneandonlydating dgn bf makan sup bontot kat remboelan Pondok Indah Mall! bf i x record i makan pisang ijo tu🙄

♬ original sound – LiyanaJasmay

Liyana turut berkongsi bahawa ramai yang memberitahunya bahawa mereka juga mempunyai mata seperti dirinya dan merasa mengantuk. Katanya,

Banyak yang cakap mereka mengantuk. Jadi apabila ramai yang mempunyai mata sama seperti ini, saya okay saja.

Pelakon ini menyatakan bahawa dia tidak terkesan dengan komen-komen tersebut dan melihatnya sebagai publisiti untuk kerjayanya,

Saya okay sajalah perkara viral selagi orang masih bercakap mengenai diri saya. Daripada mereka tak cakap langsung seperti sudah sendu.

Liyana juga berpendapat bahawa perhatian yang tular itu dapat menarik perhatian peminat muda dan memperkenalkan karya-karya baharu yang akan datang.

liyana jasmay kesal ikut trend tiktok tanpa selidik
2025-04-05 15:37:55

Liyana Jasmay Rasa Diri 'Low' Selepas Ikut Trend Tanpa Selidik, Padam Video Joget Beri Duit Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...