Mata Kanak-kanak Ini Bengkak, Tangan Kaku Setelah Dihantar Pada Pengasuh

Trending

Mata Kanak-kanak Ini Bengkak, Tangan Kaku Setelah Dihantar Pada Pengasuh

Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar mengenai kes penderaan kanak-kanak. Terbaru, seorang pengguna Facebook bernama Fazlin Johari, telah menulis satu status meluahkan mengenai kekecewaannya tehadap pengasuh anaknya yang disyaki mendera kanak-kanak itu.

deraanakDalam tulisannya itu, Fazlin turut meminta maaf dari anaknya yang bernama Rayyan kerana mengabaikan tanda-tanda yang anaknya telah didera sebelum ini.

Advertisement

Maafkan bonda sayang. Bonda buta dengan segala kebaikan dia.

Apalah dosa anak kecil ini sampai kau sanggup sakitkan dia?

Tangan anak aku sampai nak kena simen, tiga hari tak bergerak, tapi kau boleh cakap kau pun tak tahu kena apa.

Mata bengkak kau cakap kena mainan. Kau cuai atau memang kau sengaja sakitkan anak aku?

Maafkan bonda Rayyan. Maafkan bonda. Andai Rayyan dapat bersuara dari awal lagi bonda tak akan pernah izinkan dia sentuh Rayyan mahupun hanya melihat. Banyak sangat dah pentunjuk sebelum ini tetapi bonda buta.

Allahuakhbar menderita kau anak. Gerak hati ibu tak penah salah. Buat semua ibubapa di luar sana kalau anak kita ada tunjuk reaksi negatif terhadap orang lain, especially pengasuh, silalah mula ragu-ragu dan cepat-cepat cari punca sebelum anak jadi lauk.

Maafkan bonda Rayyan. Berat sangat mata bila bonda pandang Rayyan. Bersalahnya bonda dekat Rayyan. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami. Kembalikanlah semangat Rayyan . Semangat ku. Semangat keluargaku.

 photo 14908246_719059314909974_5369082917048100801_n.jpg

Pada era serba mencabar ini, kebanyakan ibu-ibu yang bekerja tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak kepada pengasuh untuk dijaga.

Namun begitu, terdapat segelintir pengasuh yang tidak ikhlas bukannya menjaga, malah mendera anak orang lain.

Diharap para ibu bapa lebih berhati-hati supaya perkara ini tidak terjadi kepada anak anda pula.-amazingnara.com
Sumber: Fazlin Johari

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

4 Comments

  1. Anonymous

    March 9, 2017 at 10:42 am

    Anak ko tak kena ko boleh la cakap!

  2. Nona manis

    November 7, 2016 at 7:46 am

    Memang bukan semua mcm tu tp ni bkn taska ni rumah jiran yg memang mengasuh anak org… dia anak saudara sy.. jiran depan umaj yg baik lembut n peramah… tp syg tu semua lakonan dia je.. anak sedara sy jd mangsa. Dia anak yg manja di sayanggi ramai.. apa yg dia buat mmg melampau.. pengasuh pun ada anak usia 2 thn xkn dia x blh jg mcm mane dia jg anak dia sendiri… kami tak tuduh kalau xda bukti… biar pihat polis buat siasatan.. klu dis terlepas di dunia di akhirat pasti dpt pembalasnya…

  3. watinah

    November 6, 2016 at 6:50 pm

    asalamualaikum…. selamat malam admin sory mahu komen skit psal pengasuh n penderaan kanak2… mamang kes2 mcamni tda dpat di elakan tetapi pembetulan bukan semua taska dan tadikah mempunyai pengasuh begitu….. jangan terlalu cepat menuduh dan beranggapan pengasuh smua di taska di tadika semuanya kuat mendera kanak2. wlaupun stkan pengasuh tetapi pengasuh ada kursus tentang hal2 pengurusan kanak2…. dan bukan semua tepat mcam tu. sekrang ni mcm2 viral di di facebook blog jgan telmpau percya. kdang kala berita yg di post hnya ingin menimbulkan pergaduhan dan maslah pada masyarakat, terutama ibu bapa. bnyak lg berita yg ingin di kongsikan yang benda2 baik. maaf ini hnya pendpat dan komen sya shja. terma kasih.

  4. Anonymous