Sejak kebelakangan ini kita sering mendengar mengenai kes penderaan kanak-kanak. Terbaru, seorang pengguna Facebook bernama Fazlin Johari, telah menulis satu status meluahkan mengenai kekecewaannya tehadap pengasuh anaknya yang disyaki mendera kanak-kanak itu.
Dalam tulisannya itu, Fazlin turut meminta maaf dari anaknya yang bernama Rayyan kerana mengabaikan tanda-tanda yang anaknya telah didera sebelum ini.
Maafkan bonda sayang. Bonda buta dengan segala kebaikan dia.
Apalah dosa anak kecil ini sampai kau sanggup sakitkan dia?
Tangan anak aku sampai nak kena simen, tiga hari tak bergerak, tapi kau boleh cakap kau pun tak tahu kena apa.
Mata bengkak kau cakap kena mainan. Kau cuai atau memang kau sengaja sakitkan anak aku?
Maafkan bonda Rayyan. Maafkan bonda. Andai Rayyan dapat bersuara dari awal lagi bonda tak akan pernah izinkan dia sentuh Rayyan mahupun hanya melihat. Banyak sangat dah pentunjuk sebelum ini tetapi bonda buta.
Allahuakhbar menderita kau anak. Gerak hati ibu tak penah salah. Buat semua ibubapa di luar sana kalau anak kita ada tunjuk reaksi negatif terhadap orang lain, especially pengasuh, silalah mula ragu-ragu dan cepat-cepat cari punca sebelum anak jadi lauk.
Maafkan bonda Rayyan. Berat sangat mata bila bonda pandang Rayyan. Bersalahnya bonda dekat Rayyan. Ya Allah, kau permudahkanlah urusan kami. Kembalikanlah semangat Rayyan . Semangat ku. Semangat keluargaku.
Pada era serba mencabar ini, kebanyakan ibu-ibu yang bekerja tidak mempunyai pilihan selain menghantar anak kepada pengasuh untuk dijaga.
Namun begitu, terdapat segelintir pengasuh yang tidak ikhlas bukannya menjaga, malah mendera anak orang lain.
Diharap para ibu bapa lebih berhati-hati supaya perkara ini tidak terjadi kepada anak anda pula.-amazingnara.com
Sumber: Fazlin Johari