Mata Cedera, Seorang Jururawat Dihempap Bilah Kipas Usang Tercabut

Trending

Mata Cedera, Seorang Jururawat Dihempap Bilah Kipas Usang Tercabut

Malang menimpa seorang jururawat apabila cedera dihempap kipas ketika bertugas di sebuah sekolah di Skudai.

Tular di media sosial, kejadian berlaku akibat sebilah kipas siling yang usang tercabut sebelum jatuh ke badan mangsa Selasa lalu, lapor Berita Harian.

Advertisement

Kecederaan yang dialami mangsa tidak serius dan dia sudah menerima rawatan di Unit Pesakit Luar, Hospital Sultanah Aminah (HAS).

Dia turut diberi cuti lanjutan sehingga benar-benar sembuh.

Mangsa adalah penolong perkhidmatan kesihatan (PPK) dari Klinik Pergigian Taman Ungku Tun Aminah (TUTA).

Melalui gambar yang tular di media sosial, mata jururawat kelihatan dibalut kain, selain kesan darah pada seragamnya. Kes disiasat bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...