Sedia maklum, anak sulung usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan, 17, semakin hari semakin dikenali ramai dek sering membantu usahawan tersebut melakukan jualan produk melalui live di TikTok.
Malah, Ammar turut dijemput oleh Era FM sebagai tetamu jemputan dan penyampai radio, Nabil Ahmad menyifatkannya sebagai remaja yang mempunyai keperibadian luar biasa.
Mata berair, Aliff Syukri bangga dengan anak sulung
Terbaru, melalui platform TikTok, tular video memaparkan reaksi Aliff Syukri melihat anaknya ditemubual.
Hal yang menarik perhatian ramai apabila usahawan tersebut kelihatan amat bangga dengan anak sulungnya itu dan seakan-akan tidak menyangka dia akan dikenali serta diminati ramai.
Netizen juga rasa sebak
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen berasa sebak melihat reaksi Aliff dan memahami perasaanya sebagai seorang bapa yang bangga melihat perkembangan anak.
Sekadar info, Ammar sebelum ini meluahkan dirinya mahu mengembangkan lagi jenama keluarga selepas tamat persekolahan.