Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyarankan penjawat awam yang memiliki rumah di atas tanah seperti rumah teres atau kampung supaya memulakan inisiatif menanam sayur di rumah sebagai langkah persediaan sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan.
Menurutnya, tanaman yang mudah dituai seperti cili, terung dan kucai boleh dijadikan pilihan.

“Maka, saya akan mengarahkan pegawai-pegawai yang rumah di atas tanah, bukan rumah flat dan rumah pangsa, sekurang-kurangnya memulakan tanaman yang hasilnya cepat.”
“Kita akan memulakan program itu seperti Kempen Buku Hijau di zaman Allahyarham Tun Abdul Razak dulu sebab kita tidak tahu krisis antara Israel, Amerika Syarikat dan Iran akan tamat,” katanya pada sidang akhbar khas di Kementerian Komunikasi hari ini.
Bagaimanapun, beliau berharap konflik tersebut dapat diselesaikan segera dan tidak menjejaskan bekalan makanan negara.
@mohamadsabu_official Lawatan kerja ke Ladang Cili Sungai Kelambu, PPK Kuala Langat. #fyp #viral #MohamadSabu #matsabu #bangmat #madani #cili #banting #selangor @Anwar Ibrahim
“Buat masa ini, sambutlah Hari Raya dengan biasa, Insya-Allah makanan semuanya cukup dan terjamin bekalannya,” katanya.
Untuk rekod, Kempen Buku Hijau merupakan program nasional yang diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1974 ketika beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.

