Mat Rempit Rosakkan Makanan Family Mart Diburu Polis, Sudah Serah Diri

Trending

Mat Rempit Rosakkan Makanan Family Mart Diburu Polis, Sudah Serah Diri

Semalam, satu video seorang pemuda menekan makanan di sebuah outlet Family Mart yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan sehingga penyek telah menjadi tular. Pemuda itu juga dilihat memindahkan beberapa makanan di rak ke tempat lain dengan tujuan menyusahkan staf di situ untuk menyusunnya kembali.

Video itu dirakam oleh salah seorang rakan pemuda itu sambil mereka bergelak ketawa seolah-olah ia perbuatan yang kelakar. Ia dimuat naik ke Instagram Story pemuda tersebut dan seterusnya menjadi menjadi bahan kecaman Netizen kerana ia sifatkan satu bentuk vandalisme.

Advertisement


Namun begitu, kemudiannya pemuda itu dan rakan-rakannya telah mengeluarkan video di Instagram Story, mendakwa mereka kemudiannya telah membeli makanan yang dirosakkan dan Netizen hanya kecoh tanpa mengetahui perkara yang sebenar.

Bagaimanapun, sebenarnya, menurut pengurus Family Mart Nilai, mereka tidak membayar untuk kerosakan tersebut menyebabkan satu laporan polis dibuat.


Disebabkan mereka kini diburu polis, penulis difahamkan tiga orang pemuda yang terlibat dalam rakaman tersebut telah menyerah diri ke Balai Polis Nilai.



Tak tahulah apa nak dikata dengan anak muda berperangai sebegini. Tak ada kerja, cari kerja. Sekarang kes yang kononnya prank sudah menjadi kes polis. Diharap mereka mendapat pengajaran dari kejadian ini. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...