Apa yang korang akan buat apabila ternampak seseorang mengalami masalah atau sebarang kemalangan jalan raya terutama sewaktu hujan yang lebat?
Kebiasaannya akan ada dua jenis manusia apabila berlaku kemalangan di atas jalan raya iaitu jenis pemerhati (yang akan berhenti / memperlahankan kenderaan untuk mengambil gambar / mengambil ‘iktibar’ / ingin tahu apa yang berlaku ) dan sejenis lagi iaitu jenis yang merasa bertanggungjawab (orang yang dengan serta merta menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan).
Baru-baru ini seorang mat motor telah menjadi inspirasi dan diangkat sebagai hero di media sosial Twitter apabila fotonya menolong mangsa kemalangan di sebuah lebuh raya menghala ke KLIA menjadi viral.
Menurut kisah yang diceritakan oleh mangsa, kejadian berlaku apabila kereta yang dinaikinya termasuk ke dalam satu lubang besar dan mat moto itu tiba-tiba muncul untuk membantu biarpun keadaan ketika itu hujan lebat.
Ikuti perkongsian penuh kisah terbabit.
Mamat ni lah yang tolong kami pagi tadi. Hampir excident langgar divider. Keta masuk lubang besar. Hujan lebat kan. Ayah tak bape nampak, aku pun memang tak nampak ape.
Tetiba lalu lah mamat ni, die otw nak pergi kerja, sanggup berhenti buka helmet, basah kuyup. Gadaikan masa. Hujan lebat pun dia tak heran.
Dia ajar ayah cara nak keluarkan keta dari lubang besar tu. Siapa yang jalan highway nak menghala ke KLIA dari sepang tu, hati2.
Alhamdulillah Allah selamatkan kami dalam hujan lebat. Kalau ayah tak termasuk dalam lubang besar tu, dah tentu kami dah langgar divider tu. Hujan terlalu lebat.
Moral of story, mamat motor ni terbaik. Sanggup basah kuyup hujan, yang naik keta? hanya mampu hon-hon kami. Takpe, kami fikir positif. Janganlah pandang semua mat motor ni mat rempit yang tahu weng-weng je.
Terima kasih bro. Semoga Allah lindungi selalu.
Kisah tersebut mendapat lebih dari 5,000 retweet dalam masa kurang dari sehari ia dimuat naik dan mendapat pelbagai reaksi positif dari pengguna Twiter.
Sumber : Faez Mansur