Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mat Haron Bukan Nama Sebenar Aaron Aziz

Kecoh sebentar dunia hiburan apabila ada dakwaan daripada forum CARI bahawa nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha. Abang Nara memang dari mula tidak percaya apatah lagi dakwaan tersebut dilakukan pada 1 April. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu lakukan April Fool kepada peminat Aaron Aziz. Siap ada salinan passport yang sudah pasti diphotoshop seperti di bawah:-

kad pengenalan aaron aziz

Portal Murai dengan pantas mendapatkan komen isteri Aaron Aziz iaitu Diyana untuk mendapatkan kepastian berkenaan hal ini. Ternyata nama Mat Haron adalah palsu semata-mata. Kata Diyana:-

Advertisement

Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan. Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam. Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya

Kepada si pemula cerita ini, tahniah Abang Nara ucapkan kerana sememangnya April Fool anda berjaya. Kepada Aaron Aziz dan keluarga, sabar sahajalah dengan perkara ini. Makin popular makin banyaklah benda remeh temeh sebegini yang berlaku. Kepada peminat Aaron Aziz, sila tarik nafas lega kerana perkara ini adalah palsu. Apa pun Abang Nara tak kisah pun kalau memang betul nama sebenar Aaron Aziz ialah Mat Haron. Artis gunakan nama komersil adalah perkara biasa dalam dunia hiburan. Tak gitu?

P.S: Tahap pemalas luar biasa.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

91 Comments

  1. azmiwang

    April 7, 2012 at 2:25 am

    Suka tengok lakonan Aaron Aziz dalam KL Gangster, ada bahagian 2 kan. Pasal nama sebenar apa pun tak penting.

  2. mee

    April 5, 2012 at 9:20 pm

    xphm betul manusia ni…kalau die ngaku nama die mat har0n kau org cakap ” eleh konon wat nama Aaron Aziz nk glemer nama komersial malu ngn nama sebenar” pastu die cakap itu bukan nama dia kau org cakap ” Aii kalau betul nama mat har0n pun nape..malu la tu nama kg kan”…isk3…itulah manusia…selagi leh cakap nk ckp jugak..

  3. cikjoyah

    April 4, 2012 at 4:36 pm

    terbahak2 aku gelak tgk muke aaron aziz lpas da diphotoshop, da macam abangla dah! haha

  4. Anonymous

    April 4, 2012 at 11:37 am

    melayu pun nk berapril fool?

  5. yuyu

    April 3, 2012 at 8:15 pm

    har har har har haron….lawak april fool tu..mcm lwak mjlh ujang..

    klau tul ok je..jgn memalu eren …

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top