Maszlee Malik Gesa Menteri Pendidikan Dan Kerajaan Dengar Luahan Pendidik, Ibu-Bapa

Trending

Maszlee Malik Gesa Menteri Pendidikan Dan Kerajaan Dengar Luahan Pendidik, Ibu-Bapa

Pembelajaran dalam talian bukanlah perkara yang mudah terutama buat pelajar yang tiada kelengkapan gajet yang efisien. Tambahan, kebanyakan ibu-bapa dan pendidik juga harus memainkan peranan penting untuk memastikan proses berjalan lancar kan.

Pun begitu, luahan atau kekangan terhadap sistem yang baru sahaja diperkenalkan ini juga harus diambil kira oleh pihak yang sepatutnya.

Advertisement

Isu ini telah mendapat perhatian Dr Maszlee Bin Malik di laman sosial Twitter beliau untuk berkongsi beberapa usul dan saranan yang patut dilakukan pihak kementerian pendidikan dan kerajaan sendiri.

Beliau juga memohon dan merayu agar YB Menteri Pendidikan dan Kerajaan secara keseluruhannya untuk mendengar luahan hati para pendidik dan ibu bapa.

“Setiap hari saya dapat banyak mesej ibu bapa beritahu susahnya keadaan yang mereka hadapi hari ini. Ada cikgu yang mesej saya secara peribadi minta suarakanlah isu ini sampai Kerajaan dengar”

“Semalam pun tular lagi luahan hati seorang ibu yang bergelut nak memastikan pendidikan anak-anak dapat diselamatkan. Kes seperti ini bukan satu dua, tapi ribuan lagi di luar sana yang tidak sampai kepada kita”

Saya merayu Kerajaan dengarlah dan telitilah satu persatu masalah yang dihadapi oleh Puan Hanis dan guru-guru serta ibu bapa di bawah, dan setidak-tidaknya berilah maklum balas dan penyelesaian segera.

“Jangan diam dan buat tak tahu sahaja. Ini soal pendidikan anak-anak dan masa depan negara kita. Lagi lama diam, lagi terumbang-ambing nasib mereka di bawah”

Dr Maszlee Malik juga terpanggil untuk berkongsi 12 saranan tindakan kepada Kerajaan (bukan hanya KPM). Dalam kenyataan beliau, Maszlee tidak kisah jika kerajaan mahu ambil dan jadikan kerajaan ini sebagai kerajaan yang prihatin kepada isu pendidikan negara.

“Saya cadangkan partisipasi semua pihak untuk selesaikan beberapa masalah yang sangat kritikal sekarang ini antaranya isu akses internet dan peranti untuk anak-anak ini belajar”

Tambahnya, beliau tidak sanggah keputusan untuk melaksanakan PdPR kerana saya beliau faham keadaan yang negara kita hadapi susulan ‘Desperate times call for desperate measures’.

Akan tetapi, beliau meminta untuk berusaha sediakan prasarana dan ekosistem yang baik supaya PdPR berkesan dan pendidikan anak-anak ini boleh diselamatkan.

“Bukan diam dan buat tak peduli sahaja. Turunlah ke bawah. Jumpa cikgu, jumpa ibu bapa, jumpa anak-anak dan dengar luahan mereka”

Dalam konteks ini, KKMM perlu dilibatkan dan isu capaian internet dan TV dan Radio Pendidikan juga harus diperkasakan lagi.

“FINAS dan MDEC boleh dilibatkan untuk sediakan bahan-bahan berkesan tentang pendidikan anak-anak. Banyak boleh dibuat”

Ujarnya, untuk anak-anak yang perlukan intervensi seperti Untuk Malaysia sedang usahakan, KPM boleh kerjasama dengan KPT dan mahasiswa serta yayasan di bawah sana. Mereka dibolehkan untuk sediakan tuisyen bertumpu di bawah radius yang dibenarkan di tempat-tempat yang memang tak ada akses internet.

“KPLB boleh dilibatkan untuk sediakan pusat-pusat internet di kampung-kampung juga boleh ubah peranan perpustakaan desa supaya boleh jadi tempat anak-anak duduk belajar guna internet”

Usul beliau lagi, KPKT seharusnya memastikan supaya perpustakaan-perpustakaan di PPR berperanan sebagai pusat pembelajaran dengan mengikut SOP supaya anak-anak di PPR boleh belajar. Isu ini juga katan perlu diteliti kerana mengikut laporan Unicef, 63% isi rumah  masih lagi tidak dapat menyediakan bekalan rumah untuk anak-anak di kawasan PPR.

“Kerajaan Negeri, NGO, Badan Penerbitan, MOTAC dan Perpustakaan Negara perlu dilibatkan juga. Kerajaan Negeri dan NGO kena bersatu selamatkan murid cicir. Isu ini isu serius. Nak panggil Untuk Malaysia pun boleh. Kami sedia bantu tak kira negeri mana parti mana”

Menyentuh peranan kerajaan pula ujarnya, kerajaan boleh menyalurkan peruntukan untuk industri penerbitan bagi penyediaan bahan mengajar kepada anak-anak dan buku-buku percuma.

“Perpustakaan digalakkan untuk melipatgandakan kempen membaca di kaca TV dan corong radio, serta edarkan buku percuma untuk anak-anak”

Lebih lebih lagi, KPWKM juga dimohon turun padang untuk bersama-sama selamatkan pendidikan anak-anak OKU. Hal ini berikutan nasib mereka yang paling terkesan saat ini.

Kementerian Perpaduan perlu ke depan dan bantu nasib Orang Asal melalui JKOA. Ini juga satu lagi kelompok marginal yang amat terkesan saat ini. KPM tak boleh buat sendiri, Kementerian Perpaduan kena bantu.

“Bahan-bahan pembelajaran kena sampai kepada anak-anak di sana. Pusat-pusat pendidikan boleh dibangunkan dengan penyediaan akses internet untuk mereka belajar”

Pendek kata, banyak perkara boleh dibuat untuk membangunkan ekosistem pendidikan ‘new normal’ ini jika semua pihak berganding bahu dan sama-sama meletakkan pendidikan sebagai keutamaan.

Sebelum mengakhiri perkongsian, beliau juga sempat memberi ‘teguran’ agar semua pihak berwajib lebih peka dengan keadaan dan situasi semasa.

“Kita sedang menghadapi satu situasi yang amat serius dan kritikal. Diam tidak menyelesaikan masalah sebaliknya menunjukkan betapa ‘clueless’ nya Kerajaan untuk berhadapan dengan situasi ini”

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...