Walaupun kita sudah berada dalam tempoh PKPP, kebanyakan rakyat Malaysia telahpun berjaya menyesuaikan diri dengan norma baru.
Namun tidak kurangnya golongan yang makin leka terutamanya mereka yang sedang berkuarantin di rumah, ketiadaan penjarakan sosial, kegagalan mematuhi SOP dan macam-macam lagi.
Oleh sebab itu, KP Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengulas bahawa, ketidakpatuhan masyarakat terhadap arahan dan SOP akan menyebabkan segala usaha sewaktu PKP menjadi sia-sia.
Tambahnya pula, analisis data terkini yang diperoleh melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan dari 7 Julai hingga 20 Julai lepas, 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) tidak menggunakan fungsi Home Assessment Tool.
Ini susulan sambutan baik dari KP Kesihatan tentang implentasi atau penguatkuasaan pemakaian pelitup separuh muka di tempat awam dan juga di dalam pengangkutan awam.
Harus diingatkan juga, pelitup separuh muka haruslah dipakai dengan betul dan menutupi ruang hidup sehinggalah ke dagu.
Semoga dengan penguatkuasaan baru ini, kita masih lagi berpeluang untuk membendung dan seterusnya memutuskan rantaian COVID-19 ini.