Tersipu-sipu malu Abang Nara membaca teguran Datuk Chef Wan ini. Abang Nara juga termasuk dalam golongan tamak dan gelojoh di bulan Ramadhan. Hujung minggu lalu masa pergi ke pasar Ramadhan, Abang Nara beli punyalah banyak kuih. Apam balik, akok, karipap, air tebu dan macam-macam lagilah. Sekali tue masa berbuka, apam balik dapat makan sepotong je. Kuih-muih lain langsung tak sentuh. Nasib baik air tebu berjaya dihabiskan.
Nasib baiklah tahun ini Abang Nara masih berjaya tak pergi buffet Ramadhan lagi. Teringat tahun lepas masa buffet amik lauk punyalah banyak. Sekali tue bila dah makan nasi, terus tak sentuh lauk-lauk lain. Membazir. Jadi tahun ini Abang Nara insaf dan tak nak membazir macam itu lagi. Bak kata Chef Wan:-
Mereka sering mengambil makanan dengan banyak ketika di hidangan buffet, tidak mahu beratur tetapi akhirnya tidak mampu menghabiskan makanan tersebut kerana kekenyangan.
Di rumah sekalipun, ada juga ibu-ibu yang membazir dengan menyediakan makanan sehingga penuh satu meja untuk ahli keluarga tetapi untuk apa?
Fuh!!! Memang pedas teguran yang diberikan, namun itulah kenyataan. Biasalah manusia bila lapar memang semua benda rasa nak makan. Tapi bila dah minum air segelas, terus hilang rasa lapar. Makanan pun tak disentuh. Pembaziran berlaku. Jadi marilah kita sama-sama elakkan perkara sebegini berlaku. Kalau pergi pasar Ramadhan tue, bawak RM5 sahaja. Beli jangan lebih. Insya Allah tak membazir. Sumber Mstar Online.
P.S: Raya Sale sudah tiba! Jemput datang ke butik Marshmallowscarf di Bangi Sentral pada 27hb Jun, Sabtu bermula jam 10 pagi untuk menikmati pelbagai diskaun koleksi baru hari raya yang sangat mewah dan glamour pada harga sangat berpatutan! Percuma shawl untuk 100 pembelian pertama, siapa cepat dia dapat! Ingat temujanji kita Sabtu ni ya! Follow Instagram Marshmallowscarf dan like Facebook Marshmallowscarf atau telefon 018-3374-680 untuk keterangan lanjut. Jumpa di sana!